Monday, September 29, 2014

Pecan Heavan Cake

DONE!!
minggu ni order tak ambil bebanyak..tapi bz gila..servis kereta.berlatih buat donut.kenduri.cari barang.fengsan...

BTW cake yang di order oleh pn zety ^__^

"Kek : Pecan Heaven Cake (8inci)
Tarikh : 28 September 2014
Cust. : Zeety Zulkifli 
Harga : RM75.00








terima kasih ^__^ saya jual ea.
meh order.

0133456849
haninah"

AHLI ONLINE ATAU BELI RESEPI ONLINE BY BZEE BAKERY

Russian Black and White ^___^



Kesemua gambar adalah kek yg sama.hahaha.Resepi k. Zalina Yahaya yg aq beli secara online.


Sebenarnya berkurun dah aq berazam nak ke seremban menuntut ngn taiko kek ni..tp belum ade rezki.jadual bertindan kalo tak pun ade urusan lain.

Tiba-tiba k. zalina ni buat pengumuman utk sesiapa yg berminat nk jadi ahli ahli kelab online.gila best!! xdpt jumpa dpan2 menuntut di alam maya pun jadi la..hehe





Rambang mata nak pilih nak beli resepi yang mana..hahaha.ialah..semua sedap-sedap T___T . beli resepi online . Akhirnya aq pilih kek ni..hahaha.alang2 nak sambut birthday anak-anak cik teh n abg adip aq try resepi ni untuk buatkan kek dorang.

 





 Unsur kek dark chocholate filing + Creamcheese ala-ala mocha + curahanan ganche coklat.

alahai.telan air liur plak.hahaha

btw..happy birthday Abg, Najwa dan Redza..

Moga Allah permudahkan urusan kalian dunia akhirat. Moga Allah rahmati n berkati hidup kita semua ^__*


Kesimpulan:
-rasa kek puas hati. ^___^ sedap.thoorbaiik!!
-arahan senang di fahami. ade gambar-gambar lagi tewwww.
-BERBALOI-BALOI!!
-Resepi xde masalah. diri sendiri je ni ha.tgok tu filing dia.tak menjadi langsng,hahahaha

thanks a lot k.zalina ^___^

tqsm
haninah halim
28092014


Wednesday, September 24, 2014

SENARAI HARGA KEK

DOUBLE INDULGENCE CHOCOLATE CAKE

Harga : 
7 inci (bulat , 980g+- ) - RM55.00
8 inci (bulat , 1.8kg+- ) - RM75.00
8 inci x 8 inci (segiempat 1.8kg+- ) - RM80.00
10 inci x 10 inci (segiempat 2.2kg +- ) - RM120.00
12 inci x 12 inci (segiempat 3.5kg +- ) - RM180.00


PECAN HEAVEN CAKE
 
Harga : 
7 inci (bulat , 850g+- ) - RM55.00
8 inci (bulat , 1.5kg+- ) - RM75.00
8 inci x 8 inci (segiempat 1.6kg+- ) - RM80.00
10 inci x 10 inci (segiempat 2.0kg +- ) - RM120.00
12 inci x 12 inci (segiempat 3.0kg +- ) - RM180.00

1/2 PECAN HEAVEN CAKE + 1/2 DOUBLE INDULGENCE CHOCOLATE CAKE 

Harga : 
8 inci (bulat ) - RM75.00
** set ni bergantung kepada permintaan dan syarat2 tertentu =)


Add. charge :
** Free Delivery utk area Dengkil (8am-11pm) & Putrajya Sentral (Masa-masa tertentu)
** Luar kawasan, charge bergantung pada jarak
** Tulisan Percuma
** Sebarang penambahan Figurine / Edible Image / Perhiasan ada charge tambahan



Cara Pengenddalian Kek :
** Kek perlu di pastikan disimpan pada suhu yang sejuk (jika dalam kereta aircond PERLU smpai dengan baik pada kek ^___^)
perlu di ingat kan..kek terdiri daripada freshcream. yang mana agak senstif pada kepanasan dan mudah cair.
**setelah kek diserah kan pada pembeli, 
Orchid Bakerytidak bertanggungjawab atas segala kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian pembeli ^___^

tqsm

order??
013 3456 849
haninah halim

Thursday, September 18, 2014

RESEPI KEK PUDING KARAMEL

RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI   –  Loyang 8 inci/20cm


"ANDA DI NASIHATI MEMAHAMI ISI KANDUNGAN RESEPI DAN LANGKAH-LANGKAH NYA DENGAN TELITI.HAL INI ADALAH KERANA UNTUK MENGELAKKAN PEMBAZIROON..hehehe.jum mulaa!"



permukaan gula hangus


sumber dari miss ira-bila dah potong.taraaa.berseri2.hehe

















 Bismillahirrahmannirrahim..


BAHAN  A (gula hangus)
  • 2 tbsp gula (atau 1 ½ tbsp gula untuk ngam2)
Kaedah            :
  1. Letak gula di tengah-tengah loyang dan letak di bahagian kawasan api dapur supaya gula senang cair.
  2. Panaskan dengan api yang perlahan dan biar gula cair hingga perang.takyah kacau.dah cair semua gula,padam api dan lenggang (tau lenggang??) air gula bia rata satu Loyang.
  3. Letak tepi,air gula akn mengeras..relaks je =)

BAHAN B (puding caramel)
  • 3 biji kuning telur (3 biji putih telur terus masukkan dalam mangkuk BAHAN C )
  • 2 biji telur
  • 400ml fresh milk/susu cair
  • 140gram gula castor
  •  1 sudu the esen vanila
Kaedah:
  1. Masukkan kuning telur dalam satu mangkuk sederhana.putih telur terus masuk mangkuk BAHAN C
  2. Masukkan 2 biji telur baru  dalam mangkuk kuning telur tadi.PERHATIAN!!!sila kacau kuning telur + telur tadi perlahan-lahansupaya tidak berbuih.sebab kalo berbuih puding anda akan berlubang-lubang.hee.tak cantik nnt..
  3. Kemudian satukan kesemua bahan-bahan B dan kacau lagi perlahan-lahan.
  4. Dah ngam semua,tapis adunan B p masuk dalam Loyang yang ade air gula tadi.time ni air gula tadi akan berbunyi mcam kaca retak.RELAKS!!tapis sampai habis,ketepikan.BAHAN A,B,C dan D akan dibakar sekali nnt.

BAHAN C (meringue)
  • 6 biji putih telur (3 biji dari BAHAN B+ 3 biji putih telur yang baru,3 biji kuning telur tu masukkan siap-siap dalam mangkuk aduan BAHAN D)
  • 70gram gula castor
  • 1 tsp cream of tartar
Kaedah :

**time ni dah boleh panaskan oven berserta tray berisi air dgn suhu 160c (kaedah double boiler/bain marie)
  1. Pukul putih telur hingga berbuih gebu
  2. Masukkan gula dan cream of tartar.pukul dengan high speed hingga adunan jadi kental dan kaku (meringue)
**Mak saya kate,kalo nak tau adunan tu dah meringue ke tak :
            Angkat mixer tu,bila dah takde air yang menitik jadi la tu.
            Or, telangkupkan mangkuk adunan.kalo adunan tak jatuh or meleleh CONFIRM meringue la tu.hehe

    3.Ok!ketepikan adunan tadi,dengan mixer yang same terus buat untuk adunan D


BAHAN D
  • 3 biji kuning telur ( dari bahan C)
  • 130ml air
  • 50ml minyak masak
  • 70gram gula castor
  • 140gram tepung gandum
  • 1tsp baking powder
Kaedah:
  1. Ayak tepung + baking powder.ketepikan
  2. Pukul kuning telur+air+minyak masak hingga putih gebu
  3. Masukkan gula,pukul lagi hingga kembang (hingga gula hancur)
  4. Masukkan tepung+baking powder yang dah di ayak tadi sedikit demi sedikit dan KACAU (kacau ea..jangan pukul..) dengan senduk secara kaup-balik hingga semua bahan D sebati


IBU SEGALA PART..
(hehe.sila baca hingga faham ea!!)

setelah semua bancuhan di masukkan

  • Masukkan separuh  adunan C (meringue) kedalam adunan D.kacau secara kaup-balik slowly.dah agak sebati,masukkan semua bahan C tadi ke dalam adunan D dan kaup-balik hingga sebati.(jgn terlebih sgt kaup-balik.rata dah.cukup)
  • BAHAGIKAN ADUNAN SECARA KEPADA TIGA BAHAGIAN.dan warnakan ikut suke.contoh kuning.merah.biru.
  •  Sendukan ketiga adunan yang dah berwarna tadi dalam Loyang pudding tadi secara bergilir-gilir dan sama rata(agak-agak je.tak de la sampai perlu di timbang) 
  • Contoh :KUNING,MERAH,BIRU ulang balik KUNING,MERAH,BIRU.ulang sampai semua adunan habis
  • Time mula-mula sendukkan adunan  atas pudding tadi,adunan akan bergerak-gerak macam buih sabun mandi dalam besen.hehe.RILEKS.teruskan senduk sampai semua adunan habis.
  •  Bakar secara double boiler guna api atas-bawah selama 50minit or hingga masak dan letak di bahagian rak paling bawah dalam oven.
  •  Dah masak tutup suiz oven dan biarkan kek sejuk dalam oven (bukak pintu oven siket ea) selama 10minit or hingga kek lekang dari Loyang
  • Terbalikan atas pinggan dan kek akn turun dengan sediri
  • Lap air gula yang berlebihan.kek dah sejuk betol baru potong,tp lagi sedap masuk petice dulu.sejuk lagi sedap.hehe


KAEDAH DOUBLE BOILER
  • Masukkan air dalam tray /loyang yang lebih besar dari loyang adunan.kemudian letak Loyang adunan tadi dalam tray yang ade air tu.bakar bersama.hehehe.mcam nak cair kan coklat tu.tapi takkan nak tinggal tangan dalam oven kan?so letak je Loyang tu dalam Loyang yg ade air tu =)
sumber incik googel
 -sumber inicik google kredit tohttp://hasnidaomar.blogspot.com/2012/01/kek-karamel-coklat-moist.html
    SELAMAT MENCUBA!!!! ^_____^


    Komen haninahalim:

    dari tepi.cantik!lalalala

    • Kek ni lagi sedap manis.maksudnya tak di galakkan bagi anda2 mengurangkan kuantiti gula.sebab saya selalu kurangkan kuantiti gula sebab KAMI tak suke manis-manis sgt.hehe.kalo sejuk memang sedap.tapi ade je juri-juri amatur saya yang tak suke.hehehe
    • Owh.dan make sure ea.TAKDE SIKET PUN KUNING TELUR dalam PUTIH TELUR.nnt adunan meringue anda tak menjadi.
    • Dan kalo nak puding anda tebal,tambah kan susu dengan kuning telur

    selamat mencuba semua!!!

    tqsm,

    haninah halim
    repost dari blog lama..

    Resepi Apam polkadot


    Bahan:
    • 3 biji telur sejuk dari peti ice
    • 220g gula halus
    • 1 tsp ovellete
    • 1 tbsp esen vanilla
    • 275g tepung gandum             **di ayak sekali
    • 3 sudu the baking powder      **di ayak sekali
    • 150ml susu segar/susu cair
    • Filling-ikut suka
    • Pewarna makanan

    Kaedah :
    • Pukul putih telur hingga kembang
    • Masukkan gula pukul hingga kembang
    • Kemudian masukkan ovellete,kuning telur dan esen vanilla.pukul lagi sehingga kembang
    • Masukkan tepung+baking powder dan susu secara selang seli (tepung-susu-tepung-susu-tepung) kemudian gaulkan
    • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warna kan ikut suka
    • Masukkan adunan dalam piping bag or plastic bag.(potong hujungnya)
    • Picit aduan hingga separuh dalam mangkuk kertas/cup
    • Picit kan filing
    • Tutup filing tadi secara rata dengan adunan sehingga penuh mangkuk kertas/cup
    • Kukus selama 10-15minit atau sehingga masak

    Tips:
    • balut tudung periuk dengan kain bersih supaya apam tak terkena air wap.nnt kena cacar air plak apam tu. =)
    • Jangan guna api besar ea.sedang2 aja.nnt kalo panas sangat meletup plak apam tu
    • Saya kurang suka guna pewarna dalam kuantiti yang banyak,so saya lebih suka adunan asal jadi background.heee.

    selamat mencuba semua!!!

    tqsm,

    haninah halim
    repost dari blog lama..

    RESEPI OREO CHESSE CAKE

    **resepi ni saya dapat dari kakak senior saya.dan saya cuba jejak kakak  yg bagi resepi kat kakak senior saya tu berdasarkan gambar yang di attached kan. Hehehe.tu dia ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com


    **TAPI saya taip kaedah yang saya pilih n mampu je.mahu lebih detail sila jenguk blog beliau ea.



    Bahan Dasar: (loyang bulat 8 inci)

    • 300gm biskut oreo – di buang cream nya
    •  75gm mentega cair 
    Bahan Filing:
    •  500gm Cream chesse 
    • 110gm gula castor
    •  ½ tbsp esen vanilla 
    •  2 biji telur
    • 150ml whipping cream
    • 1tbsp lemon juice
    • 20 keping biskut oreo di patah 4
    Kaedah:

    • Dasar kek- Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair.tekan dan padat kesemuanya dalam acuan.bakar selama 15minti dengan suhi 160c.angkat dn ketepikan.
    Filing:
    • Pukul keju krim dan gula hingga sebati,masukkan esen vanilla dan telur satu persatu kemudian masukkan whipping cream dan lemon juice.putar hingga sebati.
    • Masukkan biskut oreo yang di patah-patahkan tadi dan gaul rata.
    • Tuang kesemuanya dalam Loyang
    • Bakar pada suhu 150c dengan kaedah water bath (semasa bakar chesse kek,anda perlu letak sedulang air di bawah acuan kek.ditindan.bkan rak lain-lain.n lapik Loyang chesse dengan aliminium foil utk elak air masuk) selama 45-50minit.
    • Tutup oven dan renggangkan pintu.biar kek dalam oven selama sejam
    • Longgarkan keliling kek guna pisau.
    • Untuk jaga kualiti rase dan bau kek.wrapping Loyang dan chill kan maks 4 jam or semalaman

    Komen haninahalim :
    rase kek memang meletop uollz.dengan chesse,oreo lagi.buat penggemar chesse mcam family saya kek ni sangat-sangat MENGUJAKAN dan wajib masuk dalam kek chesse pilihan..rase chesse dan oreo mencair dalam mulut.fuhh ~_~”


    selamat mencuba semua!!!

    tqsm,

    haninah halim
    repost dari blog lama..

    TIPS MEMBUAT KEK KEJU

    1-Cream cheese ade banyak jenis.. contoh nyaPhilladelphia,Anchor dll. Saya tak pernah cube yang lain sebab mmg dah puas hati sangat guna Philladelphia =)


     sumber mr.google

    2-Tempat nak beli chesse;
    • Supermarket, selalunya tesco ade.tapi agak cepat habis.dia  jual dalam kotak kat tempat2 cheese, susu tu.harga utk 250g = RM 12.50 KALO TAK SILAP (dah lame tak beli kat supermarket.hehe)
    • Kedai Kek,hee.ni pon kalo nasib kurang baik pun bleh cpat habis.tapi harga kat kedai kek selalu nya lebih murah daripada supermarket.harga 500g =RM14.50 dekat puchong.

    3- Chesse agak cepat rosak.lagi2 kalo beli yang siap-siap potong 250g / 500g.lebih seminggu kalo di biarkan cheese akan berkulat dan rasanya pahit(senang cite tu mkasud nya chesse anda dah rosak dan anda telah membazir). Kalo nak guna banyak, better beli yang dalam kotak.Potong siap-siap dan simpan dalam bekas kedap udara.TAPI DENGAN SYARAT!!!pisau dan papan pemotong mesti BERSIH dan KERING.

    4-eh.chesse yang lebih harus simpan dalam chiller tau!!jangan pi simpan kat peti beku ikan tu plak.dan chesse perlu di bungkus dengan rapi.

    5-Keluarkan chesse seelok-eloknya 1jam sebelum di gunakan.sebab bila dah keluarkan awal,keju akan lembut dan senang bila di putar.terutamabagi yang guna hand mixer.takut besi pemutar tu bengkok plak pukul benda-benda keras.

    6-Kek keju yang saya tahu ade dua kaedah je untuk di sediakan BAKAR/CHILLED.So bace betol-betol kaedah yang resepi tu bagitahu.

    • BAKAR = water bath/brain marie/steam bake =semasa bakar chesse kek,anda perlu letak sedulang air di bawah acuan kek.ditindan.bkan rak lain-lain.n lapik Loyang chesse dengan aliminium foil utk elak air masuk. Dan bila bakar,sila la ikut waktu yang di beri.takot kalo terlebih bakar chesse anda akan jadi kekuning-kuningan mcm atas pizza tu.
    •   CHILLED=guna gelatin dan perlu disejukkan sekurang-kurangnya 3jam.dan tolong makesure gelatin yang di beli adalah HALAL.kalo beli di kedai kek korang boleh mintk sijil pengesahan halal kat tokey kedai tu.HALAL tu wajib k!
    7-Buat chesse kek seelok-eloknya gune Loyangloose tin atau springform yang mane dasar dia boleh di keluarkan dari loyang.sebab agak mustahil untuk anda telangkupkan mcam anda buat kat kek span.

    selamat mencuba semua!!!

    tqsm,

    haninah halim