Thursday, September 18, 2014

RESEPI KEK PUDING KARAMEL

RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI   –  Loyang 8 inci/20cm


"ANDA DI NASIHATI MEMAHAMI ISI KANDUNGAN RESEPI DAN LANGKAH-LANGKAH NYA DENGAN TELITI.HAL INI ADALAH KERANA UNTUK MENGELAKKAN PEMBAZIROON..hehehe.jum mulaa!"



permukaan gula hangus


sumber dari miss ira-bila dah potong.taraaa.berseri2.hehe

















 Bismillahirrahmannirrahim..


BAHAN  A (gula hangus)
  • 2 tbsp gula (atau 1 ½ tbsp gula untuk ngam2)
Kaedah            :
  1. Letak gula di tengah-tengah loyang dan letak di bahagian kawasan api dapur supaya gula senang cair.
  2. Panaskan dengan api yang perlahan dan biar gula cair hingga perang.takyah kacau.dah cair semua gula,padam api dan lenggang (tau lenggang??) air gula bia rata satu Loyang.
  3. Letak tepi,air gula akn mengeras..relaks je =)

BAHAN B (puding caramel)
  • 3 biji kuning telur (3 biji putih telur terus masukkan dalam mangkuk BAHAN C )
  • 2 biji telur
  • 400ml fresh milk/susu cair
  • 140gram gula castor
  •  1 sudu the esen vanila
Kaedah:
  1. Masukkan kuning telur dalam satu mangkuk sederhana.putih telur terus masuk mangkuk BAHAN C
  2. Masukkan 2 biji telur baru  dalam mangkuk kuning telur tadi.PERHATIAN!!!sila kacau kuning telur + telur tadi perlahan-lahansupaya tidak berbuih.sebab kalo berbuih puding anda akan berlubang-lubang.hee.tak cantik nnt..
  3. Kemudian satukan kesemua bahan-bahan B dan kacau lagi perlahan-lahan.
  4. Dah ngam semua,tapis adunan B p masuk dalam Loyang yang ade air gula tadi.time ni air gula tadi akan berbunyi mcam kaca retak.RELAKS!!tapis sampai habis,ketepikan.BAHAN A,B,C dan D akan dibakar sekali nnt.

BAHAN C (meringue)
  • 6 biji putih telur (3 biji dari BAHAN B+ 3 biji putih telur yang baru,3 biji kuning telur tu masukkan siap-siap dalam mangkuk aduan BAHAN D)
  • 70gram gula castor
  • 1 tsp cream of tartar
Kaedah :

**time ni dah boleh panaskan oven berserta tray berisi air dgn suhu 160c (kaedah double boiler/bain marie)
  1. Pukul putih telur hingga berbuih gebu
  2. Masukkan gula dan cream of tartar.pukul dengan high speed hingga adunan jadi kental dan kaku (meringue)
**Mak saya kate,kalo nak tau adunan tu dah meringue ke tak :
            Angkat mixer tu,bila dah takde air yang menitik jadi la tu.
            Or, telangkupkan mangkuk adunan.kalo adunan tak jatuh or meleleh CONFIRM meringue la tu.hehe

    3.Ok!ketepikan adunan tadi,dengan mixer yang same terus buat untuk adunan D


BAHAN D
  • 3 biji kuning telur ( dari bahan C)
  • 130ml air
  • 50ml minyak masak
  • 70gram gula castor
  • 140gram tepung gandum
  • 1tsp baking powder
Kaedah:
  1. Ayak tepung + baking powder.ketepikan
  2. Pukul kuning telur+air+minyak masak hingga putih gebu
  3. Masukkan gula,pukul lagi hingga kembang (hingga gula hancur)
  4. Masukkan tepung+baking powder yang dah di ayak tadi sedikit demi sedikit dan KACAU (kacau ea..jangan pukul..) dengan senduk secara kaup-balik hingga semua bahan D sebati


IBU SEGALA PART..
(hehe.sila baca hingga faham ea!!)

setelah semua bancuhan di masukkan

  • Masukkan separuh  adunan C (meringue) kedalam adunan D.kacau secara kaup-balik slowly.dah agak sebati,masukkan semua bahan C tadi ke dalam adunan D dan kaup-balik hingga sebati.(jgn terlebih sgt kaup-balik.rata dah.cukup)
  • BAHAGIKAN ADUNAN SECARA KEPADA TIGA BAHAGIAN.dan warnakan ikut suke.contoh kuning.merah.biru.
  •  Sendukan ketiga adunan yang dah berwarna tadi dalam Loyang pudding tadi secara bergilir-gilir dan sama rata(agak-agak je.tak de la sampai perlu di timbang) 
  • Contoh :KUNING,MERAH,BIRU ulang balik KUNING,MERAH,BIRU.ulang sampai semua adunan habis
  • Time mula-mula sendukkan adunan  atas pudding tadi,adunan akan bergerak-gerak macam buih sabun mandi dalam besen.hehe.RILEKS.teruskan senduk sampai semua adunan habis.
  •  Bakar secara double boiler guna api atas-bawah selama 50minit or hingga masak dan letak di bahagian rak paling bawah dalam oven.
  •  Dah masak tutup suiz oven dan biarkan kek sejuk dalam oven (bukak pintu oven siket ea) selama 10minit or hingga kek lekang dari Loyang
  • Terbalikan atas pinggan dan kek akn turun dengan sediri
  • Lap air gula yang berlebihan.kek dah sejuk betol baru potong,tp lagi sedap masuk petice dulu.sejuk lagi sedap.hehe


KAEDAH DOUBLE BOILER
  • Masukkan air dalam tray /loyang yang lebih besar dari loyang adunan.kemudian letak Loyang adunan tadi dalam tray yang ade air tu.bakar bersama.hehehe.mcam nak cair kan coklat tu.tapi takkan nak tinggal tangan dalam oven kan?so letak je Loyang tu dalam Loyang yg ade air tu =)
sumber incik googel
 -sumber inicik google kredit tohttp://hasnidaomar.blogspot.com/2012/01/kek-karamel-coklat-moist.html
    SELAMAT MENCUBA!!!! ^_____^


    Komen haninahalim:

    dari tepi.cantik!lalalala

    • Kek ni lagi sedap manis.maksudnya tak di galakkan bagi anda2 mengurangkan kuantiti gula.sebab saya selalu kurangkan kuantiti gula sebab KAMI tak suke manis-manis sgt.hehe.kalo sejuk memang sedap.tapi ade je juri-juri amatur saya yang tak suke.hehehe
    • Owh.dan make sure ea.TAKDE SIKET PUN KUNING TELUR dalam PUTIH TELUR.nnt adunan meringue anda tak menjadi.
    • Dan kalo nak puding anda tebal,tambah kan susu dengan kuning telur

    selamat mencuba semua!!!

    tqsm,

    haninah halim
    repost dari blog lama..

    No comments:

    Post a Comment